Program “Back to School (BTS)” dan OSH Day adalah program tahunan anjuran Central Cables Berhad. Program gabungan ini di rasmikan oleh Dr Raabayah (Ketua Pengarah JKKP) dan En Zakrysham Zainal Bahry (Ketua Pegawai Eksekutif) diiringi bersama En Mohd Aizat (Pegawai Besar Korporat & Strategi) dan En Zani Kassim (Pengerusi OSH).
Kedua-dua program tahun ini bertemakan keselamatan dengan tagline “Know Safety, No Pain”. Anak-anak kakitangan di “NURTURE” tentang keselamatan dan di samping itu, warga CENTRAL pula di ingat kan tentang pentingnya keselamatan di tempat kerja.
Program ini diakhiri dengan sesi penyerahan bantuan persekolahan untuk meringankan beban keluarga warga CENTRAL bagi anak mereka yang akan menduduki persekolahan bagi tahun 2020. Kami warga CENTRAL mengucapkan ribuan terima kasih atas pernyertaan ke program Back to School 2020 dan Selamat bersekolah buat anak-anak tercinta.
Gigi Pak Dolah tinggal sebelah,
Sedang jalan pun berpeluh-peluh,
Masa cuti dapat beg sekolah,
Selamat datang tahun dua puluh dua puluh.
74,614 total views